fbpx

Blog

Tips Mencari Kilang Jahit Yang Berkualiti & Servis Terbaik

Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi tips bagaimana untuk memilih Kilang Jahit yang berkualiti & servis terbaik.

1. Pastikan Kilang Jahit yang mempunyai no. pendaftaran perniagaan dan mempunyai premis perniagaan. Ini sebagai langkah keselamatan supaya anda tidak ditipu terutama oleh pihak orang tengah.

2. Pastikan Harga tepat (Upah) untuk setiap tempahan. Cara paling mudah adalah dengan menyediakan contoh design & spesifikasi lengkap untuk tempahan yang hendak dibuat. Contohnya, jenis/kualiti jahitan, bentuk potongan, jenis & kuantiti butang serta banyak lagi. Kilang yang bagus akan menyediakan “confirmation design” secara bertulis dan sampel fizikal yang telah siap.

3. Pastikan tempoh masa untuk setiap tempahan disiapkan. Ini sangat penting supaya setiap perancangan yang dibuat oleh pemilik bisnes berjalan lancar. Setiap kilang jahit mempunyai jumlah kapasiti pengeluaran yang berbeza.

4. Kebiasaanya, Kilang Jahit Pukal akan menyediakan sampel terlebih dahulu sebelum meneruskan jahitan secara pukal. Ini bagi memastikan tempahan yang dihasilkan adalah sama seperti apa yang dibincangkan & dipersetujui.

5. Pastikan Kilang Jahit mempunyai peralatan yang lengkap & tenaga kerja yang mencukupi. Ini bagi menjamin tempahan dapat disiapkan seperti dijanjikan.

6. Pastikan Kilang Jahit mempunyai pelukis polar atau “Master cutter” yang berpengalaman. Ini boleh membantu setiap saiz tempahan & hasilnya dapat dipenuhi. Masalah kesilapan saiz & potongan ukuran sering berlaku sekiranya pelukis polar adalah tidak berpengalaman.

7. Sekiranya Kilang Jahit turut membekalkan kain & material, pastikan material yang dibekalkan mempunyai warna & kualiti seperti yang anda inginkan. Sering berlaku material yang dibekalkan tidak memenuhi spesifikasi yang dibincangkan, setelah tempahan siap dijahit.

8. Pastikan Terma dan Syarat yang digunakan bagi setiap kilang yang dipilih. Sesetengah kilang mempunyai syarat-syarat tertentu, contohnya seperti berkaitan pembayaran. Pastikan ada dokumen seperti invois atau resit untuk setiap pembayaran. Ini mengelakkan sebarang penipuan.

9. Di zaman yang serba moden & canggih kini, tips yang paling mudah untuk memastikan kilang yang dipilih boleh dipercayai adalah dengan memastikan ia mempunyai maklumat seperti berikut:
**No. Pendaftaran Syarikat
**No. Akaun Bank Syarikat
**Website Perniagaan (Contoh : https://www.kilangjahit.com/) (jika ada)
**No. Telefon & Premis Perniagaan

Kami adalah sebuah syarikat yang mempunyai “production” jahit pukal sendiri dan kami mampu menerima tempahan jahit pukal T-Shirt, Uniform, Baju Fesyen & Tudung.

Sebarang pertanyaan berkenangan Kilang Jahit boleh hubungi 017-2290224.

LOKASI SHOWROOM

Mafeya Apparel
TEAM CETAK (Kilang Printing T-Shirt & Embroidery)
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP

HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)

Ikuti Team Cetak di Facebook dan Instagram untuk dapatkan kemaskini terkini.

Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!

Buat Komen

Nota: Alamat e-mel anda tidak akan dikongsi oleh pihak ketiga. Ruang bertanda * adalah wajib diisi.

Pertanyaan

Anda ada persoalan mengenai produk atau perkhidmatan kami?

Bercakap dengan kami melalui WhatsApp untuk respon yang lebih pantas. Kami sedia membantu anda.

WhatsApp Kami
Daftar Ejen WhatsApp