Printing t-shirt silkscreen ialah teknik cetakan paling meluas untuk pakaian dan cenderahati. Ia digemari kerana hasil yang tahan cuci, warna sekata dan kos yang berpatutan untuk kuantiti sederhana hingga besar.
Apa itu cetakan silk screen
Silkscreen (saring sutera) memindahkan dakwat melalui mesh/skrin ke permukaan baju. Setiap warna dicetak pada skrin berasingan, kemudian dikeringkan untuk ketahanan maksimum.

Hasil Printing T-Shirt (Silk Screen)
Silk Screen dalam bahasa Malaysia dipanggil Saring Sutera. Cuma ianya lebih biasa disebut Silk Screen Printing dalam industri percetakan. Dalam kaedah ini, ia melibatkan beberapa proses yang perlu diikuti dengan teliti untuk mendapatkan hasil cetakan yang berkualiti seperti berikut:
1. Penghasilan Artwork Grafik / Design – Proses ini melibatkan proses menghasilkan gambar atau grafik, kemudian mengasingkan warna dan mencetak gambar/grafik tersebut ke atas kertas filem khas dengan menggunakan printer.
2. Penghasilan Blok – Proses membuat blok mengunakan kayu, besi atau aluminium berbentuk segi empat. Kemudian kain sutera atau mesh dilekatkan dengan tegang ke atas blok tersebut. Selepas itu satu bahan khas disapukan ke atas mesh/kain sutera untuk membentuk satu lapisan. Lapisan tersebut dikeringkan di tempat yang kadar pencahayaan yang minimum.
3. Pemindahan imej- Proses memindahkan imej yang telah dicetak pada kertas filem tadi (no. 1), dipindahkan kepada blok dengan proses pendedahan ke atas cahaya secara tertumpu. Setelah itu, blok tadi di cuci menggunakan air untuk melengkapkan proses pemindahan imej.
4. Dye/ Dakwat Khas – Proses terakhir adalah menyapu dye pada blok keatas permukaan baju atau cenderahati. Kemudian dye dikeringkan menggunakan pengering khas. Setelah kering pihak kami biasanya melakukan proses Quality Control. Proses ini dapat mengesan sekiranya terdapat kesalahan atau kecacatan pada hasil cetakan. ini sangat penting dalam memastikan kualiti yang diberi pada pelanggan mencapai tahap yang sepatutnya.

Proses Printing T-Shirt (Silk Screen)
Langkah proses ringkas
Sedia artwork
Asingkan setiap warna dalam fail vektor (AI/EPS/PDF) dan setkan saiz kawasan cetak. Fail kemudian dicetak ke filem lutsinar pada resolusi tinggi untuk memastikan tepi grafik tajam.Buat blok/skrin
Mesh ditegang pada bingkai, disapu emulsi secara rata dan dikeringkan di bilik gelap. Ketegangan mesh yang baik membantu aliran dakwat sekata dan mengelakkan “bleeding”.Pendedahan imej
Filem diletakkan di atas skrin dan didedahkan pada cahaya. Bahagian imej akan terbuka; skrin dicuci hingga laluan dakwat jelas. Biasanya dibuat uji cap (test print) bagi semak penjajaran warna.Cetak
Dakwat disapu dengan rakel pada tekanan dan sudut yang konsisten. Untuk rekaan berbilang warna, proses ini diulang mengikut urutan warna yang ditetapkan dengan pendaftaran (registration) yang tepat.Pengeringan & QC
Dakwat “cure” menggunakan pengering/oven (±150–170°C, ikut jenis dakwat) supaya benar-benar melekat. Akhir sekali, QC memeriksa warna, mis-registration, pinhole dan kotoran sebelum pembungkusan.
Jenis dakwat / kemasan
Water-based (berasaskan air)
Rasa lembut pada kain, sesuai untuk warna cerah dan cetakan kawasan besar. Perlu kawalan kelembapan yang baik semasa mencetak.Rubber / plastisol
Warna pekat dan tahan cuci; bagus pada kain gelap. Memberi “handfeel” sedikit tebal tetapi sangat serbaguna.Timbul (puff/emboss)
Campuran aditif khas yang mengembang ketika dipanaskan, menghasilkan efek 3D yang menonjol.Glow in the dark / reflective
Sesuai untuk keselamatan atau efek khas pada acara malam; memerlukan lapisan asas yang kemas.Flock (baldu) dan lain-lain
Memberi tekstur lembut seperti baldu; ideal untuk huruf atau logo premium. Biasanya memerlukan langkah tambahan dan penjagaan khas.
Kelebihan
Warna solid & konsisten
Sesuai untuk ratusan hingga ribuan helai dengan hasil yang berulang dan stabil di setiap cetakan.Kos seunit menurun bila kuantiti meningkat
Kos terbesar ialah penyediaan skrin; apabila kuantiti tinggi, kos tersebut tersebar dan harga seunit jadi lebih jimat.Tahan cuci & lasak
Setelah “cure” sempurna, cetakan bertahan banyak kitaran basuhan; sesuai untuk uniform, event dan pakaian harian.Fleksibel pada pelbagai fabrik
Cotton, polycotton atau jersi boleh dicetak dengan pemilihan dakwat yang betul.
Perkara yang mempengaruhi harga
Bilangan warna pada reka bentuk
Lebih banyak warna = lebih banyak skrin & masa persediaan.Saiz kawasan & lokasi cetakan
Cetakan besar, depan+belakang+lengan, atau posisi khas akan menambah kos.Jenis dakwat/kemasan & efek khas
Puff, glow, flock atau campuran Pantone memerlukan bahan serta masa tambahan.Kuantiti & jadual siap
Kuantiti tinggi lebih jimat; permintaan express biasanya dikenakan caj tergesa.Kesediaan artwork & jenis fabrik
Fail siap produksi dan fabrik yang mudah dicetak membantu kurangkan masa praproduksi.
Nota: kebanyakan pengusaha menetapkan MOQ untuk memastikan harga kekal ekonomi dan kualiti terjaga.
Soalan Lazim (FAQ) – Printing T-Shirt SilkScreen
1) MOQ berapa?
Kebanyakan pengusaha tetapkan MOQ 30–50 helai untuk 1 rekaan. Ada yang terima kurang, tetapi harga seunit biasanya lebih tinggi.
2) Berapa lama tempoh siap?
Umumnya 7-10 hari bekerja selepas mock-up & bayaran pendahuluan disahkan. Kuantiti besar/warna banyak mungkin ambil masa lebih lama.
3) Fabrik apa yang paling sesuai?
Cotton/comb cotton 160–280gsm, polycotton, dan microfiber/jersi. Elak fabrik berbulu tebal kerana dakwat sukar merata.
4) Berapa warna cetakan yang “ekonomi”?
1–3 warna solid paling jimat. Lebih banyak warna = lebih banyak skrin (masa & kos tambahan).
5) Saya nak gambar penuh warna/gradien boleh?
Silkscreen boleh, tetapi kurang praktikal. Untuk foto/gradien luas, pertimbangkan sublimation atau DTF/heat press.
6) Bagaimana jaga baju supaya tahan lama?
Basuh terbalik, suhu sederhana, jangan peluntur. Jangan seterika terus atas cetakan; seterika dari dalam atau lapik kain.
Kaedah SilkScreen memerlukan pemain industri ini menyediakan peralatan yang lengkap. Ini bagi memudahkan mereka menyelesaikan setiap proses yang diperlukan. Kaedah ini juga, memerlukan penyediakan peralatan yang lengkap ini bagi memudahkan mereka menyelesaikan setiap proses. Proses ini memerlukan ketelitian yang tinggi bagi menjamin kualiti hasil cetakan. Kebiasaannya pengusaha industri menetapkan Minimum Order Quantity (MOQ) untuk kaedah ini. Harga cetakan Silk Screen adalah berbeza mengikut design, bilangan warna cetakan dan saiz cetakan. Harganya juga bergantung pada jenis cetakan & dye yang anda inginkan., Sekiranya anda Berminat untuk membuat tempahan Printing T-Shirt Silk Screen dari pihak kami, Boleh hubungi kami di talian +6 017-229 0224 . Harga boleh bincang, jangan risau !
LOKASI SHOWROOM
Team Cetak
32-A, Jalan Kristal J7/J,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
WAKTU PEJABAT
Isnin hingga Jumaat (9.00 am – 6.00 pm)
Sabtu (9.00 am – 1.00 pm)
Ahad & Cuti Umum – TUTUP
HOTLINE
+6 03 – 5523 6690 (Office)


Tiada komen lagi. Jadi yang pertama tinggalkan komen!